GREEN Pages...

GREEN Fall...

Follow, Scream!!

Wednesday, 4 May 2016

Mass, Matter & Aether.

Creation beneath the mass,
Creator underneath the matter,
As The One contain the whole,
As the universe manifestation of Oneself.

Breaking down those 4 major elements bring out the Aether.

While thou in the Aether form,
Reconstruct everything accordingly for thy conciousness art free from the gravity and nucleus bond relativity.

The beauty is within the Einstein's Theory of Everything.

Though pilgrim desserted on the journey,
The sacredness is One to define.

-Kun, The Alchemist-

Tuhan

Siang malam tetap berganti,
Dalam detik waktu yang berlari

Di sunyi hening pagi,
Antara memori dan fantasi,
Aku tenggelam lemas dalam renungan,
Setiap khilaf seusia hidupku.

Meratapi termanggu seorang,
Menangisi tanpa bayang.

Gembira, pedih, sakit,
Bergelumang dalam mentaliti.
Jiwa rabak diranjau hidup.

Ya, hidup dan kehidupan,
Masih banyak penipuan,
Masih ramai yang kelesuan,
Kerana butanya pada kepalsuan.

Tentang pengorbanan,
Banyak telah yang aku korbankan,
Banyak telah aku kehilangan.

Antara pilihan kehidupan,
Aku tetap memilih kebenaran,
Kebenaran disebalik penipuan,
Kebenaran disebalik kepalsuan.

Kerana kebenaran aku disalahtafsir,
Kerana kebenaran aku dipinggir,
Kerana kebenaran tersingkir.

Tersingkirnya aku dari seluruh kewujudan sistem perosak hampir membunuh,
Tapi aku degil dari maut,
Aku tetap lahir dalam nafas baru.

Memang terkadang bebas,
Memang terkadang perit,
Bebasnya aku kerana tiada lagi yang mengikat jiwa ku,
Peritnya aku kerana tiada lagi yang memahamiku.

Jalanku sunyi sepi,
Bukan niatku memencil diri,
Tapi gagalnya jiwa lain memahami.

Bohong kalau aku tak ingin dimengerti,
Tapi belum tiba yang memahami,
Yang datang adalah yang mengikatku dari terus melangkah,
Dan akhirnya tetap pergi.

Walau perit,
Walau sepi,
Aku cuba untuk tidak mengalah,
Walau aku terpaksa bersendiri,
Walau jatuh bangunku atas tangan dan kaki sendiri.

Ramai yang mengaku bertuhan,
Tetapi angkuh menafikan perjalanan ku,
Sedang mendabik dada mengaku beriman.

Biarkan aku yang salah,
Biarkan aku yang sesat,
Kerana rahsia kebenaran yang ku singkap,
Tetaplah rahsia bagi mereka,
Hanya bukti pengalaman bagi yang mencari,
Juga bagi yang cuba memahami.

Aku tersenyum,
Memecahkan kesunyian bulan dan bintang,
Menikmati kebenaranku,
Kebenaran dalam perjalananku,
Perjalanan mencari yang bernama 'tuhan'.
Abadi yang sentiasa menemani.

xSt.Honourx

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...