GREEN Pages...

GREEN Fall...

Follow, Scream!!

Showing posts with label WeedBoys : Seyn. Show all posts
Showing posts with label WeedBoys : Seyn. Show all posts

Tuesday, 20 December 2011

Sub Koneksi Liar #4

Aku adalah masalah & beban yang melemaskan mimpi-mimpi kamu.
Aku adalah hantu yang menenggelamkan deria hari-hari kamu.

Laut, karamkan diri & keserabutan aku.

Tuhan.
Tunjukkan masa depan aku.

Friday, 18 November 2011

Sub Koneksi Liar #3

Aku tak pasti jika duit dikaitkan dengan kekebalan masalah kerana bila ada duit, aku tetap bermasalah. Dan bila tak ada duit, aku tetap bermasalah. Masalah adalah masalah yang tak akan lenyap begitu saja di dunia, sentiasa ada selagi terpancutnya air mani di ruang vagina. Hanya orang tak berakal & berilmu saja tak ada masalah. Senang cerita, orang gila.

Khalil Gibran pernah tulis sesuatu macam ni dalam bukunya, "orang tak ada ilmu & jiwa adalah orang paling bebas."

Dan.

Yang peliknya, berusaha menjadi kaya adalah satu masalah juga bagi sesetengah orang. Padahal mereka sendiri pun mahu kaya. Kadang-kadang, mereka lagi ghairah & menggeletek bila ada duit besar depan mata mereka dengan perangai menjelikkan.. Ah, berjuta-juta kali lebih tamak dari mamak mereka lepak.

Dan.

Dari melayan orang konon-konon suci di dunia ini, baik aku makan pau kaya kat Vegas, lagi best!

Friday, 21 October 2011

Sub-Koneksi Liar #2

Gitar, buku, novel, zine, kaset & apa saja yang berselerak di bilik aku menjadi tak berguna bila hati aku tak tenteram. Aku sedar, ketenangan hidup aku sekarang sekadar menyorokkan segelintir gelisah yang meronta-ronta untuk membuak. Gelisah untuk mengenal pasti cinta sang wanita yang pernah aku peluk. Romantis, sakit, pedih, kecewa & marah yang berganti-ganti tak pernah berhenti menghiasi ruang waktu, penuh dengan nafas syurga, segalanya cukup membuatkan aku terasa kesempurnaan perasaan seorang manusia.

Dan untuk sang wanita yang aku peluk, mesti terselit rasa-rasa yang ingin membuatkan aku kekal bersama dia. Yeeh, kekal, dalam bentuk apa saja. Dan aku akan selalu bertanya diri sendiri, cukup? Dan aku akan cinta & cinta & cinta & cinta lagi tanpa henti, tanpa penat, tanpa keluh.

Tapi, nafas syurga itu membusuk & mengembang sehingga pecah mimpi-mimpi aku. Dan serpihan-serpihan itu mencucuk jantung aku untuk sakit, menjerit, maki & apa-apa saja yang tercampak dari mulut. Setiap cucuk itu terbenam dalam, membuatkan apa saja cara untuk mencabutnya menjadi hampir mustahil. Dan apa yang aku mampu lakukan cuma meratap & mengerang.

Yeeh, hampir mustahil.
Untuk aku.
..........
......
....
...
..
.
.

Ahh!

Biar aku leka & sebati dengan setiap cucukan & kesakitan ini. Biar aku lupa, biar terabai. Dan aku biarkan setiap cucukan itu di situ. Asal aku gembira. Asal jantung aku masih mampu mengepam darah. Buat masa ini. Dan mungkin sebab itu, aku gelisah bila irama-irama pecah tiba-tiba menerjah telinga. Aku paranoid dengan segala idea & ilusi yang pernah meranapkan mimpi aku. Ketakutan & kegilaan tertanam sedalam-dalamnya di benak otak aku. Sehingga untuk mengatakan bahawa aku pernah memiliki cinta hebat adalah seakan-akan satu jerat untuk membuatkan aku hanyut & tenggelam dengan emosi liar & kacau.

Dan untuk orang lemah & mudah goyah seperti aku, mengusiknya seakan menabur mantera hitam untuk berjalang.

Sebab takut jika aku akan mengadu pada cinta hebat yang pernah wujud supaya pulangkan kembali hari-hari esok aku.

Thursday, 20 October 2011

Sub-Koneksi Liar #1

Aku adalah kegagalan. Fucking failure. Gagal & gagal & gagal. Aku gagal dengan diri sendiri. Gagal pada manusia. Gagal pada kehidupan. Dan gagal pada Tuhan. Hidup aku penuh dengan mimpi & angan-angan yang tak tahu lagi realitinya. Aku adalah kegembiraan politikus-politikus kehidupan yang impikan keagungan maruah diri. Aku adalah perlian, hentaman & najis kehidupan. Kehadiran aku membusuk & merimaskan sehingga dijirus & dicuci, sampai setitik air liur aku pun menjadi jijik.

I'm a moron for these chaotic crowds!

Aku umpama orang gila yang tak pernah tahu irama harmoni gitar. Aku cuma mampu petik, rimas, petik, rimas, petik, rimas sehingga berserabut & sempit akal aku, sehingga aku akan hempas gitar di kepala sendiri, hempas & hempas & hempas, sehingga menangis melihat cebisan-cebisan gitar yang bertaburan & tali-tali yang putus. Dan aku biarkan apa-apa saja di sekeliling menguasai aku. Sehingga untuk menulis nota internet yang berguna pun aku gagal.

Yeeh, I'm a fucking failure. My head is fucking disturbed.

Rise up, middle finger.
All I want to do is just riot!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...