GREEN Pages...

GREEN Fall...

Follow, Scream!!

Saturday, 26 March 2016

Hidup atau Kehidupan

Lahirnya Aku buat tertanya-tanya.

Siapa Aku sebelum hidupku?
Siapa Aku dalam hidupku?
Dan apakah tujuan hidupku?

Adakah hanya sekadar hidup seperti lahirnya setitik yang tak punya makna pada alam semesta?

Atau adakah hadirnya Aku untuk memenuhi keperluan alam semesta?

Adakah hidupku hanya sebagai hidup yang memutar dalam pusingan roda?
Menghadapi dan mengulangi setiap cerita sama?
Setiap hari sepanjang hayatku?

Kalau itulah adalah mustahil bagiku untuk menjalani hidup norma.

Antara rahmat dan sumpahan, Aku terpaksa.
Terpaksa merasai dan menjiwai setiap perasaan dan fikiran setiap yang hidup.
Terpaksa menghayati setiap kesakitan dan kedukaan alam semesta.

Itulah kegilaan yang menjadi tanda tanya,
Kegilaan yang membatasi Aku untuk terus hidup pada yang norma.

Aku cukup gila sehingga Aku sedar,
Sememangnya bukan milikku semuanya,
Setiap seribu suara yang bermain di fikiran dan jiwa.

Cukup masa sampai pada kesedaran Aku yang nyata.
Lalu Aku meronta mencari kehidupan.
Kehidupan yang bukan hanya sekadar hidup.
Tapi sebuah kehidupan yang terselit dibalik seluruh kebenaran.

Gilanya Aku kerana menolak kebenaran yang dibentangkan.
Gilanya Aku kerana mencari kebenaran yang disembunyikan.
Gilanya Aku kerana menemui bahagian ku.
Gilanya Aku kerana berani tersisa seluruh hidup semata mencari kehidupan.

Antara tekad keberanian atau sekadar kegilaan,
Aku berjalan tanpa menoleh.
Membiarkan suara gempita untuk terus berada dibelakangku.
Dan mustahil bagiku andai sebuah kegilaan.
Kerana setiap titia air mata membuahkan hasil yang bermakna.
Dalam setiap lapisan hijab yang telah ku singkap.

-jack_stnr-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...